Memelihara Warisan Tradisional Melayu
Hayati keanggunan dan nilai budaya Tanjak serta Tengkolok asli, dihasilkan dengan teknik turun-temurun
Hasofi Enterprise bermula daripada semangat dan bakat seorang suri rumah dalam bidang jahitan. Dengan kesungguhan serta pengalaman bertahun-tahun, beliau berjaya mengembangkan perniagaan daripada rumah ke sebuah kedai sendiri. Hasofi bukan sahaja mengekalkan kualiti terbaik dalam setiap hasil jahitan, malah turut memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat kampung yang memiliki kemahiran menjahit. Hari ini, Hasofi menjadi lambang ketekunan dan semangat para ibu serta wanita di luar sana yang berusaha menjadikan bakat dan kemahiran sebagai sumber rezeki dan inspirasi. Dengan visi untuk menawarkan busana tradisional berkualiti dan mampu milik, Hasofi kini terus maju ke hadapan dengan memasarkan produk melalui platform e-dagang seperti Shopee dstyle="text-align: justify;"an Lazada.
Antara produk utama Hasofi ialah Tanjak Reman, hasil seni busana yang bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap pakaian tradisional lelaki Melayu, tetapi juga mengangkat seni warisan. Tanjak ini dihasilkan dengan jahitan yang halus, menggunakan kain berkualiti serta rekaan lipatan yang kemas, menjadikannya sesuai dipakai dalam pelbagai acara rasmi, perkahwinan, sambutan Hari Raya, persembahan kebudayaan, malah juga sesuai dipakai kasual untuk sehari-hari. Setakat ini, Hasofi menampilkan 7 Tanjak Warisan dalam siri Tanjak Reman iaitu Mahkota Alam, Anderiguru Selelebu, Nakhoda Trong, Dendam Layar, Balong Raja, Putera Kayangan, dan Ayam Patah Kepak.
Idea nama Tanjak Reman bermula daripada nama Tanjak Gerik, sempena tempat asal tanjak tersebut dikarang iaitu di Gerik, Perak. Untuk menjadikannya lebih komersial, unik, dan klasik, nama Gerik diangkat semula dengan merujuk kepada asal-usul sejarahnya, lalu lahirlah nama Tanjak Reman. Gerik pernah menjadi ibu negeri kepada Kerajaan Reman, sebuah kerajaan Melayu yang menguasai kawasan Kelian Intan dan terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah sehingga tercetusnya beberapa siri pertikaian dengan Perak. Wilayah Reman yang terletak dalam kawasan Hulu Perak akhirnya dimasukkan ke dalam pentadbiran Perak oleh pihak British melalui Perjanjian Bangkok 1909. Hakikatnya, Kerajaan Reman telah dimansuhkan lebih awal pada tahun 1902 apabila sistem pemerintahan beraja dihapuskan oleh Kerajaan Siam, dan sejak itu daerah Hulu Perak diserahkan kepada Perak pada 16 Julai 1909 di Kroh (kini dikenali sebagai Pengkalan Hulu).
Menariknya, lokasi Hasofi yang berpusat di Gerik, Perak, masih menyimpan jejak sejarah dan budaya ini. Ramai tidak mengetahui bahawa di kawasan ini wujudnya komuniti Melayu Pattani yang telah menetap sejak sekian lama. Kehadiran mereka bukan sahaja menambah warna-warni kepada budaya setempat, malah turut memperkayakan tradisi busana dan seni tekstil yang terus diangkat oleh Hasofi hingga kini.
Traditional golden silk Tanjak with intricate embroidery, perfect for royal ceremonies and cultural celebrations.
Premium Tengkolok with authentic folded design and gold threading, representing the pinnacle of Malay royal headwear.
Bespoke designs tailored to your specifications with personalized embroidery and premium materials.